KPM belum terima makluman jika ada murid dijangkiti kusta

Sidang media oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan pada majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026 yang diadakan pada Jumaat. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Sidang media oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan pada majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026 yang diadakan pada Jumaat. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya perlu dalam melaksanakan langkah pencegahan penyakit kusta.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan menjelaskan pihaknya belum menerima sebarang pemakluman daripada KKM jika terdapat murid yang dijangkiti.

"Setakat ini KPM belum menerima sebarang pemakluman, jika ada, insya-ALLAH kita akan bantu," katanya menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan amanat sempena pembukaan sesi persekolahan 2025/2026, di sini pada Jumaat.

Penularan kusta dikesan selepas sembilan penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun KOA Guntur disahkan menghidap penyakit kusta pada 2 Januari lalu.

Ia kemudiannya meragut nyawa seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada Selasa lalu manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Pejabat Kesihatan Daerah melaksanakan kuarantin di kampung berkenaan, termasuk menutup pusat rekreasi Jeram Tengkek bagi mengelakkan penularan jangkitan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!