'Jangan buat spekulasi, kami rasa tersisih' - Penduduk

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Kampung Orang Asli Chergun, Kuala Pilah disahkan meninggal dunia pada Isnin akibat penyakit kusta, manakala lapan lagi individu sedang dirawat.

A
A
A

KUALA PILAH - Penduduk di Kampung Orang Asli Guntur dan Chergun di sini mahu masyarakat hentikan spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung penyakit kusta yang membabitkan perkampungan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Orang Asli Guntur, Adnan Sulak berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk kampung berasa seperti disisihkan sehingga mengganggu urusan harian terutamanya anak-anak yang bersekolah.

"Di Kampung Guntur sahaja ada lebih kurang 400 penduduk yang mana hampir kesemuanya sudah menjalani saringan sepertimana yang diarahkan oleh pihak kesihatan.

"Mereka yang tidak dijangkiti pula telah diberikan ubat pencegahan dan saya sendiri sudah ambil ubat berkenaan pada bulan Ogos tahun lalu. Pemeriksaan secara berterusan dan pemantauan sentiasa dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita di kampung itu pada Khamis.

Ujarnya lagi, setakat ini juga mereka tidak menerima sebarang arahan berkaitan kuarantin, namun bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berwajib.

"Bagaimanapun apa yang mengecewakan adalah ramai buat sebaran tidak benar berhubung penyakit ini sekali gus memberi kesan kepada penduduk, aktiviti harian terjejas lagi-lagi mereka yang bekerja di luar," katanya.

Penduduk di Kampung Orang Asli Guntur dan Chergun di sini mahu masyarakat hentikan spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung penyakit kusta yang membabitkan perkampungan berkenaan.
Penduduk di Kampung Orang Asli Guntur dan Chergun di sini mahu masyarakat hentikan spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung penyakit kusta yang membabitkan perkampungan berkenaan.

Pandangan sama turut diluahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Orang Asli Chergun, Sisah Jantan.

Sisah berharap perkara seumpama itu tidak berlarutan selain menunggu arahan seterusnya daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan:

"Kes (kusta) ini adalah kejadian pertama berlaku di kampung kami dan kami semua tidak menyangka ada kematian malah di pihak JPKK pula telah laksanakan semua langkah yang perlu," katanya yang memaklumkan terdapat 42 keluarga di kampungnya itu.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Kampung Orang Asli Chergun, Kuala Pilah disahkan meninggal dunia pada Isnin akibat penyakit kusta, manakala lapan lagi individu sedang dirawat.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, kes berkenaan mula dikesan pada 2 Januari lalu membabitkan sembilan penduduk Orang Asli dari Kampung Chergun dan Guntur.

Katanya, saringan secara agresif telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap semua penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!