Wartawan 'berkampung' di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh

Status dimuat naik Adly di laman Facebooknya.
Status dimuat naik Adly di laman Facebooknya.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seawal jam 7.30 pagi, pengamal media berkampung di luar pekarangan Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini hari ini susulan perubahan landskap politik negeri.

Kompleks yang menempatkan pejabat Ketua Menteri dan ahli Exco turut dikawal ketat susulan perubahan pucuk kepimpinan negeri yang dijangka berlaku hari ini.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman antara individu terawal tiba di kompleks tersebut sekitar jam 8 pagi tadi dengan memandu kenderaan sendiri.

Selain itu turut kelihatan ADUN Telok Mas, Datuk Nor Affandi Ahmad yang mewakili kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut hadir sekali gus menimbulkan pertanyaan sama ada kerajaan negeri kekal di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Adly Zahari atau sebaliknya.

Mohd Syafiq (kanan) ketika bertemu dengan pihak media di luar Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Mohd Syafiq (kanan) ketika bertemu dengan pihak media di luar Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Difahamkan Adly akan mempengerusikan mesyuarat khas Pakatan Harapan (PH) negeri pagi ini.

Kepimpinan negeri berubah berikutan Bersatu keluar PH seperti diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

PH dan Barisan Nasional (BN) negeri masing-masing mempunyai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala dua kerusi Bersatu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, kira-kira jam 10 pagi tadi, wakil media turut dihampiri Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Mariam Ilias dan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Mohd yafiq Azmi yang membenarkan media masuk ke dalam bangunan kerajaan itu.

Sementara itu, kira-kira dua jam lalu di laman sosial, Adly di laman Facebook beliau menzahirkan ucapan terima kepada semua kerana memberi peluang kepada beliau memimpin rakyat di negeri Melaka.

"Walaupun dalam tempoh singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua" katanya.