Pekerja kedai emas 'kantoi' tukar barang kemas palsu

Ramli (kanan) menunjukkan barang kemas yang dirampas susulan penahanan tiga pekerja kedai emas di Sungai Buloh, Selangor, 6 Februari lalu.
Ramli (kanan) menunjukkan barang kemas yang dirampas susulan penahanan tiga pekerja kedai emas di Sungai Buloh, Selangor, 6 Februari lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga pekerja kedai emas di Sungai Buloh, Selangor ditahan berkaitan kes pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan diterima polis pada 5 Februari lepas daripada pengurus cawangan premis terbabit.

Menurutnya, pengadu memaklumkan terdapat perbezaan ke atas 26 utas barangan kemas di premis terbabit sebelum semakan mendapati ia adalah palsu.

"Pada 6 Februari, tiga pekerja wanita berusia 28 hingga 38 tahun terbabit ditahan dan siasatan menemukan 26 keping surat pajak bernilai RM225,550 melibatkan barang kemas jenis emas 916 dengan anggaran 762.82 gram.

"Suspek dipercayai bersubahat menukar barang kemas dari kedai dengan barangan kemas palsu bagi mengelirukan pengurus kedai dan kegiatan itu dilakukan sejak Jun 2024," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, nilai keseluruhan barang kemas yang ditukar adalah RM293,700.

Tegas Ramli, dalam tempoh kurang satu minggu siasatan dijalankan, dua individu yang terlibat telah berjaya dituduh di Mahkamah Shah Alam pada 10 Februari lalu di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

"Sebutan ditetapkan pada 25 April depan, manakala seorang lagi individu telah dijadikan saksi pendakwaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!