Kanak-kanak perempuan dicabul ketika solat di masjid

Tular seorang lelaki yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, pada Jumaat. Gambar hiasan
Tular seorang lelaki yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

HULU SELANGOR - Tular kejadian seorang lelaki dipercayai warga tempatan mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bersolat di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, dekat sini pada Jumaat.

Menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam masjid tersebut, kejadian berlaku jam 6.41 pagi.

Lelaki tersebut dilihat masuk dalam kawasan solat muslimat dan menuju ke arah mangsa yang sedang bersolat di bahagian belakang jemaah wanita.

Suspek tersebut kemudiannya bertindak memeluk dan mendukung kanak-kanak perempuan itu bagi dibawa keluar dari kawasan solat muslimat.

Satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai cuba melarikan seorang kanak-kanak di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Selangor pada Jumaat.

Sewaktu kejadian, suspek dalam keadaan tergesa-gesa cuba melarikan mangsa sewaktu jemaah sedang bersolat Subuh.

Suspek memakai kopiah putih, baju kuning berbelang hijau dan berseluar gelap.

Dalam satu hantaran lain di media sosial X, seorang netizen menyatakan mangsa yang kena cabul itu adalah dua pupu kepadanya.

Katanya, suspek lelaki tersebut sudah kena cekup.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, dia juga menyatakan suspek mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pengesahan dan siasatan polis berhubung kejadian tersebut.

Pihak polis menyatakan satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!