Polis serbu makmal dadah, rampas kokain lebih RM400,000 di Nilai

Polis tahan lima lelaki, bongkar makmal haram proses dadah di Nilai - Foto PDRM
Polis tahan lima lelaki, bongkar makmal haram proses dadah di Nilai - Foto PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Polis berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah dalam serbuan di Nilai pada Isnin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia 27 hingga 38 tahun turut ditahan.

"Dadah dipercayai jenis kokain dengan anggaran berat 2.145 gram bernilai kira-kira RM429,000, pelbagai peralatan dan cecair kimia yang disyaki untuk memproses dadah dirampas dalam serbuan tersebut.

"Selain itu, pihak polis turut menyita empat kenderaan, wang tunai lebih RM60,000, pelbagai mata wang asing, barang kemas dan jam tangan membabitkan nilai keseluruhan sitaan harta dan dadah berjumlah RM3.2 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara kenderaan yang disita dalam serbuan terbabit - Foto PDRM
Antara kenderaan yang disita dalam serbuan terbabit - Foto PDRM

Dalam pada itu, Ahmad Dzaffir berkata, dua daripada suspek terbabit didapati positif dadah jenis methamphetamine dan benzo.

"Semakan rekod lampau pula mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah. Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari hingga 24 Februari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!