Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf kembali lagi

Suasana orang ramai yang berbuka puasa di Iftar Ala Madinah @Karangkraf.
Suasana orang ramai yang berbuka puasa di Iftar Ala Madinah @Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf kembali semula untuk orang ramai berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Bersandarkan sambutan yang sangat menggalakkan pada tahun terdahulu, program itu sekali lagi memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman seakan-akan berbuka puasa di Masjid Nabawi, sekali gus mengerat hubungan silaturahim sesama Islam dan masyarakat setempat.

Program berlangsung pada 3 hingga 27 Mac terbuka kepada 1,500 tetamu untuk berbuka puasa secara percuma setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Justeru, orang ramai yang berminat untuk hadir diingatkan mendaftar sebelum jam 2 petang setiap hari melalui imbasan kod respons pantas (QR) di laman web rasmi Iftar.karangkraf.com atau menghubungi sekretariat di talian 019-213 3315.

Selain menikmati juadah berbuka, terdapat beberapa gerai tambahan dengan harga jualan berpatutan yang bakal memeriahkan lagi Iftar Ala Madinah@Karangkraf tahun ini.

Seperti tahun sebelumnya, program tersebut membantu penuntut universiti atau kolej berdekatan, golongan memerlukan seperti ibu tunggal serta mereka yang tidak sempat pulang berbuka puasa bersama keluarga di rumah.

Dalam pada itu, sekiranya orang ramai ingin menyalurkan bantuan bagi menambah baik kemudahan demi keselesaan, membeli kelengkapan berbuka atau tambahan makanan boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Infaq Iftar melalui akaun Maybank bernombor 564276529068 (Maybank-Sinar Karangkraf Sdn Bhd).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!