33,500 pengguna di Pulau Pinang bakal hadapi gangguan air Jumaat ini

Seramai 33,500 pengguna dijangka terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual selama 18 jam di kawasan Air Itam, Farlim dan Paya Terubong Jumaat ini. Gambar hiasan
Seramai 33,500 pengguna dijangka terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual selama 18 jam di kawasan Air Itam, Farlim dan Paya Terubong Jumaat ini. Gambar hiasan
A
A
A

GEORGE TOWN - Seramai 33,500 pengguna dijangka terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual selama 18 jam di kawasan Air Itam, Farlim dan Paya Terubong pada Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Pathmanathan K berkata, gangguan bekalan air berjadual (SWSI) bermula jam 9 malam dan dijangka pulih pada jam 3 petang pada Sabtu

Beliau berkata, pengguna air di kawasan terjejas disarankan menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan semasa SWSI.

"Gangguan bekalan air ini berkaitan dengan projek lencongan saluran paip air 600mm untuk membolehkan kerja-kerja tebatan banjir negeri yang berkaitan dengan Projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu - Air Itam.

"Saluran paip bekalan air keluli lembut (MS) utama sedia ada mesti dialihkan dengan selamat dari kawasan projek untuk mengelakkan kejadian yang boleh menyebabkan masalah bekalan air di kawasan yang terjejas," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Berikutan itu, Pathmanathan berkata, PBAPP memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku disebabkan oleh SWSI ini.

Jelasnya, kerja-kerja yang dilakukan bagi memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!