Isteri bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia

ALOR SETAR - Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.
Tok Puan Faikah Sheikh Hamzah dilaporkan meninggal dunia pada jam 3.45 pagi tadi di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya.
Difahamkan, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Teras Jernang, Bangi, Selangor.
Perkhabaran itu dikongsikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di laman sosial Facebook sebentar tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

