Video tular anggota semasa Ops Tapis, PDRM lakukan siasatan penuh

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan anggota semasa Ops Tapis dijalankan di Damansara di sini pada tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular melalui aplikasi media sosial Facebook pada jam 1 tengah hari Selasa.
Beliau berkata, kandungan tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun 'En Abdul' memaparkan video serbuan dilakukan oleh empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
"Pihak polis mengesahkan serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara.
"Kejadian video tular itu berlaku pada 10 Oktober 2024 semasa melakukan Ops Tapis di kawasan Damansara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kata beliau, siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan yang tular seperti di laman sosial tersebut.
Jelasnya, tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian terbabit.
@sinarharianonline Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan anggota semasa Ops Tapis dijalankan di Damansara di sini pada tahun lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular melalui aplikasi media sosial Facebook pada jam 1 petang Selasa. Beliau berkata, kandungan tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun 'En Abdul' memaparkan video serbuan dilakukan oleh empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. "Pihak polis mengesahkan serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #SerbuanPolis #OpsTapis
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!