Semua jawatan menteri Kabinet digugurkan
SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan mengesahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik adalah terhenti pada 24 Februari 2020.
Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan Media mengenai Kedudukan Anggota Pentadbiran berikutan Peletakan Jawatan YAB Perdana Menteri Malaysia pic.twitter.com/ENetA5h4Pm
— Mohd Zuki Ali (@zukiAli_) February 24, 2020Walaubagaimanapun, Baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pendirian baru Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.
Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang tadi.
'Kabinet Muhyiddin tidak membantu rakyat'
'Tak puas hati Kabinet baharu hanya sementara...'
Komposisi Kabinet tak adil kepada UMNO, kata Tok Mat
Kerajaan baharu Perak tak lama bertahan: Aziz Bari
Pemilihan Ahmad Faizal mengejutkan: PKR
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Pegawai kastam maut kemalangan
Ratu Cantik Malaysia hilang jari ketika tawan Puncak Mera
Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air