'Turun padang awal jika mahu pantau harga barang sekolah'

Orang ramai membeli barangan persekolahan anak-anak. Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Mas Ermieyati)
Orang ramai membeli barangan persekolahan anak-anak. Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Mas Ermieyati)
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh sepatutnya turun padang lebih awal jika mahu memantau harga kelengkapan murid bukannya sehari sebelum sesi persekolahan bermula.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kenyataan Fuziah itu agak lucu kerana tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang timbalan menteri.

“Timbalan menteri perlu lebih cakna dengan trend naik turun harga barang kerana banyak perkara boleh diselesaikan jika pemantauan lebih awal dilakukan.

"Buat tinjauan harga barang sekolah pada saat akhir sedangkan hari ini (Isnin) dah masuk sesi persekolahan. Jadi, apa yang beliau cuba buktikan? Saya melihat situasi ini sebagai gagal dan tidak kompeten,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Fuziah mengakui agak terkejut dengan kos yang terpaksa ditanggung ibu bapa ketika membeli keperluan peralatan sekolah termasuk baju, tudung, beg, kasut dan stoking yang mencecah lebih RM200 untuk seorang anak.

@sinarharianonline Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh sepatutnya turun padang lebih awal jika mahu memantau harga kelengkapan murid bukannya sehari sebelum sesi persekolahan bermula #SinarHarian #SinarTerkini #SesiPersekolahan #HargaNaik #KelengkapanMurid Harga Harga Naik Lagi - BOSQ ASLI

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!