Israel langgar gencatan senjata

Seorang lelaki berjalan di kawasan bangunan kediaman runtuh di utara Gaza yang dibedil tentera Israel. Foto AFP
Seorang lelaki berjalan di kawasan bangunan kediaman runtuh di utara Gaza yang dibedil tentera Israel. Foto AFP
A
A
A

GAZA CITY - Israel memusnahkan puluhan rumah di Rafah, selatan Gaza meskipun gencatan senjata antara Israel dan Hamas dimeterai, menurut analisis gambar satelit yang dijalankan agensi pemeriksa fakta Al-Jazeera, Sanad.

Persimpangan antara Mesir dan Gaza di Rafah yang berkhidmat sebagai 'talian hayat' untuk memasuki wilayah dikepung selama beberapa dekat, telah ditutup Israel pada Mei 2024.

Sejak merampas kawasan sempadan, rejim Zionis melanggar perjanjian damai 1979 dengan Mesir, yang menggali di Koridor Philadelhi terletak sepanjang 14 kilometer di sepanjang sempadan antara Mesir dan Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menekankan kepentingan untuk berada kekal di koridor itu, walaupun menyalahi undang-undang.

Menurut Sanad, imej diambil antara 19 dan 21 Januari, menunjukkan tentera Israel membina kubu pasir merentasi sempadan Rafah.

Selain itu, mereka membina sebuah pos tentera bahawa yang baharu ditempatkan di sebelah utara persimpangan tersebut.

Tentera Israel juga telah menyekat-ribuan penduduk Rafah pulang ke rumah mereka, menembak berpuluh orang sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Lukisan mural menunjukkan pembangunan semula Gaza yang dilihat di tembok di Bethlehem di Tebing Barat. Foto AFP
Lukisan mural menunjukkan pembangunan semula Gaza yang dilihat di tembok di Bethlehem di Tebing Barat. Foto AFP

Penganalisis pertahanan Palestin Hamze Attar berkata, pada dasarnya Israel sedang membina zon penampan yang membolehkan mereka menangkis menolak sebarang jenis serangan daripada pejuang Hamas yang berada di sekitarnya.

Sebagai sebahagian daripada gencatan senjata yang bermula pada 19 Januari, Israel bersetuju untuk mengurangkan tenteranya di kawasan itu sebelum mengundurkan sepenuhnya tenteranya menjelang hari ke-50.

Bagaimanapun, analisis yang dijalankan ke atas imej satelit yang diambil antara 19 Januari dan 1 Februari menunjukkan tentera Israel meneruskan pembinaan di kawasan itu dengan merobohkan dan memusnahkan 64 bangunan di dalam bandar Rafah, khususnya di kawasan kejiranan as-Salam, Idari dan Tel Zaarab.

Pencerobohan berlaku hanya 700 meter dari sempadan Mesir. Pada masa yang sama, Sanad juga mengenal pasti sekurang-kurangnya enam rumah dilaporkan musnah di Tal as-Sultan, barat Rafah, lebih sedikit sejauh 750 meter dari sempadan Mesir.

"Ini adalah jenayah perang kerana mereka memusnahkan rumah kediaman," kata Attar, merujuk kepada Konvensyen Geneva keempat, yang melarang pemusnahan harta benda persendirian.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, Munir al-Bursh berkata pada Selasa bahawa serangan Israel telah membunuh 118 orang sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa.

Gambar satelit menunjukan kemusnahan baharu dilakukan tentera Israel selepas gencatan senjata bermula 19 Januari lalu. Foto Agensi
Gambar satelit menunjukan kemusnahan baharu dilakukan tentera Israel selepas gencatan senjata bermula 19 Januari lalu. Foto Agensi

Sebagai tambahan kepada pelanggaran gencatan senjata tentera, Israel tidak membenarkan jumlah bantuan kemanusiaan seperti makanan, bahan api, khemah dan tempat perlindungan kecemasan.

Sementara itu, Datuk Bandar Rafah, Ahmed al-Sufi berkata, kebanyakan penduduk bandar itu masih kehilangan tempat tinggal, dengan dianggarkan 200,000 orang berteduh di kawasan al-Mawasi Khan Younis dan lokasi lain di seluruh Gaza selepas tidak dapat pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, anggaran awal menunjukkan bahawa 90 peratus rumah Rafah telah rosak, dengan kira-kira 52,000 unit mengalami pelbagai peringkat kerosakan. - Agensi

@sinarharianonline

Israel memusnahkan puluhan rumah di Rafah, selatan Gaza meskipun gencatan senjata antara Israel dan Hamas dimeterai, menurut analisis gambar satelit yang dijalankan agensi pemeriksa fakta Al-Jazeera, Sanad. Persimpangan antara Mesir dan Gaza di Rafah yang berkhidmat sebagai 'talian hayat' untuk memasuki wilayah dikepung selama beberapa dekat, telah ditutup Israel pada Mei 2024. #SinarHarian #SinarTerkini #GencatanSenjata

Dramatic - Big Dreams

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!