Empat kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang

Empat kenderaan rosak selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian di Jalan 1/91B Taman Pandan Perdana di sini pada Ahad.
Empat kenderaan rosak selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian di Jalan 1/91B Taman Pandan Perdana di sini pada Ahad.
A
A
A

AMPANG JAYA - Empat kenderaan rosak selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian di Jalan 1/91B Taman Pandan Perdana di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 4.30 petang.

"Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 4.36 petang.

"Kejadian melibatkan empat kenderaan iaitu sebuah Toyota Avanza, sebuah Nissan SYLTH sebuah Hyundai GETS dan sebuah Proton Satria yang rosak setelah ditimpa pokok," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok di lokasi kejadian.
Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok di lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini.

"Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok sedang dilakukan anggota bomba bertugas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!