Anak buaya tembaga tersangkut jaring di kolam tadahan UniSZA

Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan UniSZA di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi pada Sabtu.
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan UniSZA di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi pada Sabtu.
A
A
A

JERTIH - Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak UniSZA mengenai reptilia sepanjang satu meter itu kira-kira jam 8.30 pagi sebelum sepasukan anggota digegaskan ke lokasi.

"Anak buaya itu tersangkut di jaring ketika kerja-kerja pembersihan kolam tadahan oleh pekerja kebersihan UniSZA.

"Buaya itu diserahkan kepada pejabat Perhilitan Daerah Besut bagi tindakan sewajarnya," katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, buaya itu dipercayai tersesat dari sungai yang terletak kira-kira 600 meter dari kampus berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!