APM tangkap buaya tembaga sesat guna selimut, tali

Anggota APM menggunakan tali untuk menangkap buaya tembaga yang dipercayai tersesat di parit besar di kawasan Taman Nuri Batu 7, Sandakan.
Anggota APM menggunakan tali untuk menangkap buaya tembaga yang dipercayai tersesat di parit besar di kawasan Taman Nuri Batu 7, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Seekor buaya tembaga dipercayai tersesat masuk ke dalam parit berjaya ditangkap menggunakan selimut dan tali di kawasan Taman Nuri Batu 7 di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, reptilia tersebut berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan susulan aduan yang diterima daripada penduduk di taman berkenaan.

Buaya tembaga yang dipercayai tersesat di parit besar dibawa naik untuk diserahkan kepada JHL.
Buaya tembaga yang dipercayai tersesat di parit besar dibawa naik untuk diserahkan kepada JHL.

Timbalan Pengarah APM Sabah, Leftenan Kolonel (PA) Erwin @ Elverowen Kinsui berkata, sepasukan anggotanya dikejar ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.

"Sebaik tiba, pemeriksaan dilakukan dan mendapati buaya tersebut berada di dalam parit besar belakang rumah pengadu.

"Anggota APM kemudian melakukan tugas menangkap dengan menggunakan selimut untuk menutup mata dan tali untuk mengikat buaya tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Anggota APM menutup mata buaya tembaga ketika melakukan tangkapan di parit besar di kawasan Taman Nuri Batu 7, Sandakan.
Anggota APM menutup mata buaya tembaga ketika melakukan tangkapan di parit besar di kawasan Taman Nuri Batu 7, Sandakan.

Erwin berkata, pasukannya hanya berjaya menangkap haiwan pemangsa tersebut kira-kira satu jam kemudian sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Buaya tembaga seberat 180 kilogram dan sepanjang tiga meter itu dibawa naik dari parit tersebut dan diserahkan kepada kakitangan JHL," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!