X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Pertemuan dengan Dr Mahathir penuh emosi: Guan Eng

Guan Eng ketika tiba di ibu pejabat DAP di Jalan Yew di sini.
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu perjumpaan yang penuh emosi.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada media ketika tiba di Ibu Pejabat DAP di Jalan Yaw Pudu kira-kira jam 1.20 petang bagi menghadiri mesyuarat tertutup pimpinan tertinggi parti itu di sini sebentar tadi.

"Kami mempunyai mesyuarat yang sangat emosi," katanya ketika diajukan media mengenai perkara yang dibincangkan ketika mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di kediaman Perdana Menteri itu di Putrajaya.

Terdahulu, Guan Eng bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tiba di kediaman Perdana Menteri di The Mines Resort & Golf Club.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut serta dalam pertemuan yang dipercayai bagi membincangkan situasi semasa politik negara ketika ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!