Zaquan Adha jual meja snuker, tak sanggup simpan kenangan pilu bersama arwah anak

Tangkap layar hantaran Instagram story Zaquan bercadang menjual meja snuker yang menjadi tempat terakhir dia dan isteri melakukan CPR ke atas anak bongsu mereka.
Tangkap layar hantaran Instagram story Zaquan bercadang menjual meja snuker yang menjadi tempat terakhir dia dan isteri melakukan CPR ke atas anak bongsu mereka.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak sanggup menyimpan kenangan pilu terkait anak yang telah meninggal dunia, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak bercadang menjual meja snuker yang menjadi tempat terakhir dia dan isteri melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atas anak bongsu mereka.

Menerusi perkongsian di hantaran Instagram, Mohamad Zaquan berkata, meja itu menyimpan kenangan memilukan pada saat mereka berusaha menyelamatkan Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees sebelum ketibaan ambulans.

"Saya hendak menjual meja ini kerana di sini saya dan Ayu Raudhah (isteri) meletakkan Muhammad Aisy untuk membuat CPR sementara menunggu ambulans tiba.

Tangkap layar hantaran Instagram story Zaquan yang menyimpan baju arwah anaknya.
Tangkap layar hantaran Instagram story Zaquan yang menyimpan baju arwah anaknya.

"Selagi ada meja ini, saya akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan Muhammad Aisy. Jika ada yang betul-betul berminat boleh hubungi saya," katanya pada Sabtu.

Melalui hantaran lain, Mohamad Zaquan turut memuat naik foto pakaian terakhir dipakai anaknya serta kenangan bercuti bersama keluarga sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

"Bila difikirkan semula, ALLAH memberi peluang untuk bercuti bersama Muhammad Aisy sebelum dia pergi selamanya meninggalkan kami sekeluarga.

"Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH," kongsinya.

Sebelum ini, Muhammad Aisy yang berusia enam bulan dilaporkan meninggal dunia pada Selasa petang selepas tidak sedarkan diri di kediaman mereka.

Artikel Berkaitan:

Kakak ipar Mohamad Zaquan yang juga pelakon, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 1 petang sebelum adiknya menghubungi talian kecemasan.

Jenazah dibawa ke Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga bagi urusan pengebumian.

Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi.

Muhammad Aisy dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Mohamad Zaquan dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, serta seorang lagi anak berusia dua tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!