Dark Nuns penuh debaran

Dark Nuns penuh debaran.
Dark Nuns penuh debaran.
A
A
A

DARK Nuns merupakan filem seram dari Korea Selatan yang merupakan 'spin-off' filem The Priest yang ditayangkan pada tahun 2015.

Tarikan utama filem ini tentunya penglibatan pelakon terkenal, Song Hye-kyo selaku teraju utama disamping Jeon Yeo-been, Lee Jin-wook dan Moon Woo-jin.

Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Hee-joon (Woo-jin) yang dirasuki syaitan dan berada di bawah pengawasan sebuah hospital di kawasan kejiranan sebuah gereja.

Seorang biarawati, Guinia (Hye-kyo) berhasrat untuk menyelamatkan remaja tersebut dengan kebenaran gereja. Bagaimanapun hasrat itu ditentang paderi Paolo (Jun-wook) yang berpendapat Hee-joon boleh disembuhkan dengan bantuan perubatan.

Elemen pencahayaan dan kesan bunyi antara permainan utama unsur seram filem ini.
Elemen pencahayaan dan kesan bunyi antara permainan utama unsur seram filem ini.

Sementara itu, pembantu paderi itu, biarawati Mikaela (Yeo-been) yang boleh melihat benda halus, bersetuju dengan Guinia dan mereka bekerjasama mencuba cara alternatif tanpa diketahui gereja.

Mungkin tidak ramai yang pernah menonton The Priest, tetapi plotnya selaras dengan Dark Nuns. Bagaimana protagonis bergelut dengan birokrasi gereja yang rumit dan dalam masa sama, mesti segera menyelamatkan mangsa sebelum terlambat.

Filem arahan Kwon Hyeok-jae itu tidak membuatkan penonton menunggu lama untuk membuatkan penonton dikunci dengan pertanyaan dan debaran.

Artikel Berkaitan:

Babak Hee-joon yang diikat pada tilam, mengamuk. menjerit dan ketawa sambil memandang dua paderi sedikit bebanyak menimbulkan rasa panik.

Guinia turut dikenali sebagai biarawati gelap kerana sikapnya yang dingin.
Guinia turut dikenali sebagai biarawati gelap kerana sikapnya yang dingin.

Menariknya mengenai Dark Nuns, kejutan itu tidak terlalu dipaksa dengan kewujudan wajah hodoh atau sosok menakutkan, sebaliknya Hyeok-jae bijak menyuntik elemen seram dengan permainan pencahayaan, bunyi dan lakonan mantap para pelakon.

Song Hye-kyo mempunyai tanggungjawab besar dalam Dark Nuns, kerana Sister Giunia yang sering ditulis sebagai Junia dalam beberapa portal berita adalah tarikan utama filem ini.

Dari luar, dia kelihatan dingin, kuat dan tidak peduli, tetapi gerak isyarat dan ekspresinya memaparkan pelbagai emosi secara halus.

Kemarahan terhadap birokrasi gereja, keinginan untuk melindungi Hee-joon, kepada kerapuhan dan peletakan jawatan Giunia.

Skrin menjadi lebih berwarna-warni dengan kehadiran Yeo-been sebagai Sister Michaela yang masih hijau dalam mengusir syaitan tetapi keserasian kedua-duanya menutupi jalan cerita yang kadangkala terasa tergesa-gesa dan serta-merta.

Antara kelemahan lain filem ini adalah plot atau perjalanan filem yang ada ketikanya terasa terlalu lama dan agak panjang, tetapi masih sebuah naskhah yang berbaloi untuk ditonton.

DARK NUNS

PENGARAH: Kwon Hyeok-jae

PELAKON: Song Hye-kyo, Jeon Yeo-bin, Lee Jin-uk, Heo Jun-ho, Moon Woo-jin

GENRE: Thriller

DURASI: 1 Jam 55 Minit

KLASIFIKASI: 16

TAYANGAN: 13 Feb 2025

BINTANG: 3.5 / 5

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!