X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Guan Eng hadiri mesyuarat khas DAP

Guan Eng tiba di ibu pejabat parti DAP bagi menyertai mesyuarat tertutup parti itu di Jalan Yaw, Pudu sebentar tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di Ibu Pejabat DAP di Jalan Yaw Pudu kira-kira jam 1.20 petang bagi menghadiri mesyuarat tertutup pimpinan tertinggi parti itu sebentar tadi.

Difahamkan mesyuarat tertutup yang diadakan itu bagi membincangkan mengenai senario politik baharu negara dengan apa yang berlaku semalam.

Mesyuarat parti itu yang sebelum ini dijadualkan bermula pada jam 12 tengah hari itu akan berlangsung pada bila-bila masa sejurus ketibaan Guan Eng.

Bagaimanapun warga media mula berkumpul di lobi bangunan berkenaan sejak jam 9 pagi susulan maklumat berlangsungnya mesyuarat tertutup DAP.

Antara ahli pimpinan tertinggi DAP yang tiba seawal jam 10.45 pagi adalah Ketua Wanitanya, Chong Eng diikuti penasihat DAP, Lim Kit Siang 15 minit selepas itu.

Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri daripada parti itu turut kelihatan antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobin Singh Deo, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC), Yeo Bee Yin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!