Arsenal kehilangan Kai Havertz hingga akhir musim

PENCABAR kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Arsenal berdepan khabar buruk setelah Kai Havertz disahkan tidak dapat meneruskan baki musim ini apabila perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan hamstring semasa latihan.
The Gunners yang mengesahkan berita tersebut menerusi kenyataan rasmi berkata, Kai Havertz mengalami kecederaan hamstring semasa sesi latihan di Dubai minggu lalu.
"Penilaian lanjut dan rundingan pakar mengesahkan kecederaan itu memerlukan pembedahan yang akan dilakukan dalam beberapa hari lagi.
"Selepas pembedahan, Kai akan memulakan program pemulihannya, yang dijangka berterusan hingga persiapan pramusim musim depan," katanya.
Sebagai rekod, pemain berusia 25 tahun itu, yang merupakan penjaring gol terbanyak kelab musim ini dengan 15 gol dalam semua pertandingan, menyertai senarai panjang pemain depan Arsenal yang cedera.
Sebelum ini, Gabriel Jesus mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli, kedua-duanya cedera hamstring juga terpaksa direhatkan.
Kecederaan Havertz, menyaksikan Arsenal kini menghadapi krisis barisan serangan yang serius akan diuji apabila bertandang ke Stadium King Power menentang Leicester City bagi aksi liga pada Sabtu.
JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU (15 FEBRUARI)
Brighton lwn Chelsea, 4 pagi
Leicester City lwn Arsenal, 8.30 malam
West Ham United lwn Brentford, 11 malam
Southampton lwn Bournemouth, 11 malam
Aston Villa lwn Ipswich Town, 11 malam
Manchester City lwn Newcastle United, 11 malam
Fulham lwn Nottingham Forest, 11 malam
AHAD (16 FEBRUARI)
Crystal Palace lwn Everton, 1.30 pagi
Liverpool lwn Wolves, 10 malam
ISNIN (16 FEBRUARI)
Tottenham Hotspur lwn Manchester United, 12.30 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!