Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal kuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar pada Khamis.
Seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal kuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar pada Khamis.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal kuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar, di sini pada Khamis.

Komander Operasi Balai Polis Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 7.33 pagi.

Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang musnah akibat terbakar dalam kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar pada Khamis.
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang musnah akibat terbakar dalam kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar pada Khamis.

"Seramai 22 anggota dari BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah motosikal berkuasa tinggi telah musnah 90 peratus akibat perlanggaran dengan sebuah kereta Proton Exora," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa, Aiman Murstid Muhsin yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Lokasi kemalangan membabitkan seorang lelaki yang dilaporkan maut di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar pada Khamis.
Lokasi kemalangan membabitkan seorang lelaki yang dilaporkan maut di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Haizrul berkata, pemandu Proton Exora pula, Yusri Ahmad Darin, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.17 pagi," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!