Sports Direct buka cawangan baharu di Mayang Mall

KUALA TERENGGANU - Syarikat penjualan pelbagai produk sukan terkemuka, Sports Direct melebarkan sayapnya dalam memasarkan produk barangan sukan dengan pembukaan cawangan baharu di Mayang Mall, di sini.
Pengarah Urusan Frasers Group Asia, Paul Gibbons berkata, pembukaan cawangan ke-40 itu merupakan peluang keemasan bagi peminat sukan di Terengganu untuk mendapatkan pelbagai produk berkualiti tinggi pada harga memuaskan.
Menurutnya, penubuhan cawangan itu merupakan hasil kerjasama dengan jenama sukan global terkemuka seperti Nike, adidas, Under Armour, New Balance dan Asics.

"Kedudukan cawangan terbaharu di Terengganu lebih luas dan menjanjikan keselesaan pengalaman membeli-belah bagi pencinta sukan di mana di sini kita menawarkan lebih 80 jenama dan lebih 30,000 produk meliputi pelbagai kategori sukan.
"Pelanggan yang datang boleh mendapatkan pelbagai jenama berkualiti di bawah Frasers Group PLC, termasuk Karrimor, Everlast, Lonsdale, Slazenger dan banyak lagi.
"Kesemua barangan yang disediakan di sini meliputi pelbagai kegiatan dan aktiviti sukan yang mana bersesuaian dengan pelbagai peringkat usia," katanya ketika menyempurnakan perasmian cawangan baharu itu di sini, pada Khamis.
Seramai 100 pelanggan terawal kedai tersebut berpeluang mendapatkan baucar percuma bernilai RM50 pada promosi istimewa yang dilancarkan Sabtu ini.
Selain itu, bermula pada Khamis hingga Ahad ini, terdapat promosi hebat disediakan bagi beberapa barangan terpilih khusus bagi pelanggan yang berkunjung di cawangan baharu tersebut.
Pelbagai promosi hebat juga disediakan termasuk di cawangan lain sehingga 16 Februari depan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!