Ibu dan empat anak rentung, bapa sempat selamatkan diri keluar tingkap

Seorang ibu bersama empat anaknya rentung selepas kediaman mereka di Kampung Berangan Enam, Umbai musnah dalam kebakaran pada awal pagi Khamis.
Seorang ibu bersama empat anaknya rentung selepas kediaman mereka di Kampung Berangan Enam, Umbai musnah dalam kebakaran pada awal pagi Khamis.
A
A
A

JASIN - Seorang ibu bersama empat anaknya rentung selepas kediaman mereka di Kampung Berangan Enam, Umbai, di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lima beranak berkenaan disahkan maut di lokasi manakala bapa mereka berusia 30-an terselamat.

Superintenden Mohamad Rusli Mat
Superintenden Mohamad Rusli Mat

"Wanita berusia 35 tahun itu ditemui di bahagian ruang atas rumah manakala empat anaknya berusia 2,7,12 dan 13 tahun berada berhampiran pintu rumah dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri.

“Kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Dalam pada itu katanya, suami mangsa yang terselamat dalam kejadian itu baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya bulan lalu dan kakinya patah.

"Bagaimanapun ketika kebakaran dia sempat menyelamatkan diri melalui tingkap.

"Dia bersama beberapa penduduk kemudian cuba menyelamatkan ahli keluarganya yang lain, namun keadaan api terlalu marak menyukarkan usaha itu.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut turut mendapati semua jeriji besi pintu rumah masih dalam keadaan berkunci dan insiden ini tidak melibatkan kediaman lain yang terletak berhampiran.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat manakala suami mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya.

Mohamad Rusli berkata, menurut maklumat awal wanita berkenaan hamil, namun pihaknya perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan polis masih menunggu laporan forensik daripada pihak bomba," katanya.

@sinarharianonline

Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai pada Khamis. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Kebakaran #Jasin

Danger - SoundAudio

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!