[VIDEO] Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin
JASIN - Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah separuh kekal berkeluasan 20x60 kaki persegi itu telah pun 80 peratus terbakar.
"Siasatan awal menemukan lima mayat iaitu seorang lelaki dewasa dan empat kanak-kanak manakala seorang lelaki dewasa terselamat," menurut kenyataan itu.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Najib ke penjara semula jika gagal tangguh hukuman 1MDB selepas 2028
14 Oktober 2026 05:37pmIsteri sahkan mayat suami dalam tasik bersama motosikal
14 Oktober 2026 05:29pmKematian Asiah: Pemandu BYD didakwa esok
14 Oktober 2026 05:25pmTiada bukti Zara Qairina ditolak atau dibunuh - Pegawai penyiasat
14 Oktober 2026 05:15pm29 individu ditahan promosi, sebar dakyah pertubuhan haram
14 Oktober 2026 05:11pmGempar pesawat bawa ratusan penumpang 'terhempas'
14 Oktober 2026 02:07pmTiga remaja direnjat elektrik, bendera perarakan terkena kabel pencawang voltan tinggi
14 Oktober 2026 12:20amTinggal sebumbung macam suami isteri, dua pasangan kekasih dicekup
13 Oktober 2026 10:26pmPenjual buah maut, gerai dirempuh lori balak
14 Oktober 2026 02:35pm
