Pesawat bawa 10 orang dilaporkan hilang di Alaska

WASHINGTON - [DIKEMAS KINI] Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
Polis negeri Alaska dalam satu kenyataan berkata bahawa pesawat Bering Air Caravan dengan sembilan penumpang dan seorang juruterbang dalam penerbangan dari Unalakleet ke Nome.
Kedua-dua bandar itu terletak kira-kira 235 kilometer antara satu sama lain merentasi Norton Sound.
Pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha untuk sampai ke koordinat terakhir sebelum pesawat itu hilang.
Kehilangan pesawat itu merupakan insiden terbaharu dalam siri bencana penerbangan yang berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Pada 30 Januari, sebuah jet penumpang bertembung di udara dengan sebuah helikopter tentera AS di ibu negara Washington, mengorbankan kesemua 67 orang di dalamnya.
Bencana itu berlaku dalam tempoh singkat selepas nahas sebuah pesawat perubatan yang terhempas di kawasan kejiranan sibuk di Philadelphia, mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 19 yang lain. - AFP
@sinarharianonline Pesawat komersial bawa 10 orang dilaporkan hilang Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska. Polis negeri Alaska dalam satu kenyataan berkata bahawa pesawat Bering Air Caravan dengan sembilan penumpang dan seorang juruterbang dalam penerbangan dari Unalakleet ke Nome. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Hilang #Alaska
Breaking News Background Music (Basic A)(1001538) - LEOPARD
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!