[VIDEO] Pembinaan rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan ikut permintaan lokaliti

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan pembangunan perumahan mampu milik yang bakal dilaksanakan di Wilayah Persekutuan mengambil kira permintaan mengikut lokaliti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah ini penting memandangkan ketiga-tiga wilayah berkenaan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mempunyai keperluan berbeza.

“Saya sentiasa berpandangan bahawa pembangunan hendaklah membawa erti dan manfaat kepada rakyat, bukannya sekadar menambah bangunan sebagai peluang kepada pemaju meraih keuntungan.

“Pengurusan pembangunan di Wilayah Persekutuan memerlukan keseimbangan di antara kebajikan rakyat dan periuk nasi pemaju. Visi Bandar (Bersih, Sihat, Maju, Selamat dan Mesra Alam) CHASE yang sering saya sebut dalam tempoh satu tahun ini bukanlah hanya retorik tetapi benar-benar sedang diintegrasikan dengan dasar semasa pembangunan,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) mengenai langkah diambil kerajaan bagi merancakkan pembangunan perumahan mampu milik di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dr Zaliha
Dr Zaliha

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sentiasa komited dalam memastikan bekalan rumah mampu milik di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sentiasa mencukupi.

Malah katanya, kerajaan turut berjaya mencapai 91 peratus daripada sasaran yang ditetapkan dalam menyediakan rumah mampu milik khususnya bagi warga di Wilayah Persekutuan bagi tempoh 10 tahun.

Beliau menambah, kejayaan berkenaan hasil perancangan teliti semua pihak terlibat menerusi insentif dan kemudahan yang telah disediakan untuk semua pemaju perumahan yang bersama-sama dengan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya baki lebih kurang 7,000 unit lagi akan dapat kita capai dalam tempoh berbaki tiga tahun lagi. Insya-ALLAH,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!