Dia masih orang sama: ibu Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza dan ibu
Siti Nurhaliza dan ibu
A
A
A

SELAIN dirinya yang diraikan sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Jumaat lalu, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak ketinggalan untuk turut sama meraikan ibunda tercintanya.

Pada majlis istimewa yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusata Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Siti menyampaikan rasa penghargaan kepada ibu yang melahirkannya, Siti Salmah Bachik, 68, dengan menghadiahkan seutas gelang emas sebagai tanda terima kasihnya.

“Hadiah itu sempena hari jadi mak saya yang jatuh pada 31 Disember lalu. Namun saya tidak sempat meraikannya kerana ketika itu berada di Dubai. Jadi inilah kesempatan terbaik untuk saya raikan ibu dan berkongsi momen istimewa pada hari ulang tahun saya yang ke-40 ini.

“Gelang emas ini tidak mempunyai simbolik apa-apa, hanyalah penghargaan dan kenangan untuk dia.

“Mak saya adalah seorang wanita yang sangat sederhana orangnya. Saya belikan beg yang macamana pun, dia tetap akan pakai beg yang paling sederhana buat dia. Mak memang jenis wanita yang seadanya,” luah Siti.

No Image Caption

Tidak sekadar hadiah, kata penyanyi Anta Permana ini, ia juga sebagai tanda penghargaan buat ibu yang telah melahirkannya 40 tahun yang lalu, iaitu pada tanggal 11 Januari 1979.

“Suami saya menerapkan amalan untuk memberikan hadiah pada ibu pada sambutan ulang tahun seseorang anak, sebagaimana yang dia lakukan pada anak kami, Aafiyah.

Artikel Berkaitan:

“Pada hari kelahiran Aafiyah, saya dihadiahkan cincin sebagai tanda penghargaan sebagai seorang ibu.

“Jadi saya mahu menerapkan amalan yang sama dengan menghargai ibu setiap kali meraikan ulang tahun kelahiran saya,” ujar Siti.

Dalam pada itu, ibu Siti turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang anak yang sentiasa menghargainya sehingga kini.

“Sempena hari jadi ke-40, saya mendoakan agar lebih banyak yang baik-baik datang kepadanya dan semoga kekal bahagia bersama suami dan anak.

“Saya bersyukur pada usia ini, dia telah mengecapi pelbagai kejayaan. Semoga dia dapat terus memberikan yang terbaik dalam kerjanya dan untuk peminat yang menyokongnya selama ini.

“Apa pun alhamdulillah, sehingga ke hari ini dia masih orang sama dan saya harap akan terus kekal begitu,” katanya kepada Sinar Harian.