Enam motosikal, sebuah kereta diguna etnik Rohingya disita

Enam buah motosikal dan sebuah kereta yang digunakan etnik Rohingya disita dalam satu operasi di Tal Tujuh, Pasir Mas pada Selasa.
Enam buah motosikal dan sebuah kereta yang digunakan etnik Rohingya disita dalam satu operasi di Tal Tujuh, Pasir Mas pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Sebanyak enam buah motosikal dan sebuah kereta yang digunakan etnik Rohingya disita dalam satu operasi di Tal Tujuh di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Kama Azural Mohamed berkata, operasi itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat mengenai warga asing yang menjadikan laluan di jalan kampung sekitar kawasan Tal Tujuh bagi mengelakkan berdepan tindakan pihak berkuasa.

"Selain menyita motosikal dan kereta, kita turut mengeluarkan 16 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Operasi dilakukan selepas polis menerima aduan mengenai warga asing yang menjadikan laluan di jalan kampung sekitar kawasan Tal Tujuh bagi mengelakkan berdepan tindakan pihak berkuasa. Foto PDRM
Operasi dilakukan selepas polis menerima aduan mengenai warga asing yang menjadikan laluan di jalan kampung sekitar kawasan Tal Tujuh bagi mengelakkan berdepan tindakan pihak berkuasa. Foto PDRM

"Antaranya tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, insurans tamat serta tidak pakai topi keledar," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, soal siasat mendapati ada dalam kalangan entik berkenaan membeli motosikal daripada warga tempatan dengan harga RM500 hingga RM3,500.

Katanya, ada juga yang menyewa motosikal terbabit pada kadar RM200 sebulan.

Artikel Berkaitan:

Selain menyita motosikal dan kereta, polis turut mengeluarkan 16 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya.
Selain menyita motosikal dan kereta, polis turut mengeluarkan 16 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Kama Azural memberitahu, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!