Kerajaan pintu belakang salah di sisi undang-undang: Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan pembentukan kerajaan pintu belakang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan salah di sisi undang-undang.
Beliau juga berkata, pembentukan kerajaan berkenaan juga tidak sah di sisi moral kerana tanpa mendapat mandat rakyat.
“Sesiapa saja yang cuba membentuk kerajaan 'pintu belakang' tanpa mandat rakyat adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah disisi moral dan undang-undang.
“Negara kita adalah negara demokrasi berparlimen. Aspirasi dan mandat rakyat wajib dihormati oleh semua pihak,” katanya melalui kenyataan di Twitter hari ini.
Hari ini beberapa parti besar dilihat 'sibuk' mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bentong seolah-olah ada pengumuman penting dalam masa terdekat melibatkan gabungan politik baharu di Malaysia.
Apa saja kerajaan “pintu belakang” tanpa mandat rakyat adalah pengkhianatan besar terhadap negara & penderhakaan terhadap rakyat. Jangan guna kaum atau agama sebagai alasan. Sejarah telah buktikan RAKYAT akan bangkit menghukum sesiapa saja yang cuba mengkhianati mereka.
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) February 23, 2020Spekulasi yang bertebaran tidak menolak kemungkinan fokus utama mesyuarat ada kaitan dengan isu peralihan kuasa Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Jumaat lalu yang sebulat suara menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan bila peralihan kuasa itu akan berlaku.
Bagaimanapun pemimpin dari parti politik antaranya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Pas yang mengadakan pertemuan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya malam ini bertindak kunci mulut.
PRK KKB: Keputusan MCA tak ganggu jentera Kerajaan Perpaduan
‘PN tak layak ganti UMNO’ - Razlan
‘Ini kalilah, dulu tak kawan sekarang kita kawan’ - Ahmad Maslan
Terengganu tidak amal politik dendam, menindas - Ahmad Samsuri
[VIDEO] Anak bongsu Noor Rahiza tidak henti-henti panggil 'mama'
Pelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu
KWSP perkenal Akaun Fleksibel, keluar simpanan bila-bila masa
'Sebak tak dapat tatap jenazah Along kali terakhir' - Adik Mohd Shahrizan