Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai

PENDANG - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam sungai Padang Terap di Chegar dekat sini, petang Ahad.
Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 7.16 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pendang digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi kejadian terdapat sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berada dalam sungai dan saksi kejadian mendakwa seorang mangsa lelaki anggaran berumur 17 tahun telah lemas.
"Tindakan menyelamat dengan menggunakan kaedah surface searching sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Muhammad Ezzat Emran berkata, sehingga kini, operasi menyelamat masih diteruskan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
