'Nazri tidak gagal sebagai Duta ke AS'

Muhammad Kamil
Muhammad Kamil
A
A
A

PADANG RENGAS - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sudah melaksanakan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dengan baik, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun bekas Menteri Pelancongan itu memegang jawatan tersebut, hubungan dua hala antara Malaysia dan AS terutama sudut pelaburan dan perniagaan bertambah baik.

"Pelaburan-pelaburan baru termasuk daripada Google yang masuk ke negara kita menunjukkan Malaysia kekal dengan dasar sedia ada.

Muhammad Kamil menyampaikan Sumbangan Kasih Madani Kembali ke Sekolah 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru dekat Padang Rengas pada Ahad.
Muhammad Kamil menyampaikan Sumbangan Kasih Madani Kembali ke Sekolah 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru dekat Padang Rengas pada Ahad.

"Dalam beberapa hal tertentu pula, tidak menghalang kita untuk mengambil pendirian jelas khususnya yang berkaitan kekejaman Israel kepada penduduk Palestin dan Gaza.

"Saya percaya, pada masa akan datang kita tidak ada masalah untuk meneruskan hubungan baik ini," katanya ketika ditemui dalam program Sumbangan Kasih Madani Kembali ke Sekolah 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru di sini pada Ahad.

Beliau berkata, dakwaan bahawa bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu gagal mengatur panggilan telefon antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS Donald Trump tidak seharusnya dijadikan kayu ukur.

Katanya, dalam konteks lebih luas, panggilan itu bukanlah hal penting, melainkan perkara biasa dilakukan dua negara dalam menjalin hubungan diplomatik.

Artikel Berkaitan:

Lebih 500 pelajar melibatkan 31 sekolah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) di sekitar kawasan Parlimen Padang Rengas menerima bantuan persekolahan berupa barangan kelengkapan sekolah dan wang tunai.
Lebih 500 pelajar melibatkan 31 sekolah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) di sekitar kawasan Parlimen Padang Rengas menerima bantuan persekolahan berupa barangan kelengkapan sekolah dan wang tunai.

"Bagi saya gagal mengatur panggilan telefon itu hanya pandangan beberapa pihak," katanya.

Pada Jumaat Mohamed Nazri menempelak kenyataan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mendakwa beliau ‘gagal’ mengatur panggilan telefon antara dua pemimpin tersebut.

Beliau menyifatkan gesaan Kian Ming sebagai tidak relevan, selain beranggapan bekas wakil rakyat berkenaan sebenarnya mahu ‘menjual diri’ supaya dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke AS.

Mohamed Nazri dipilih memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS sejak 9 Februari 2023 dan tamat pada 8 Februari lepas kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

Sementara itu, lebih 500 pelajar melibatkan 31 sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di sekitar kawasan Parlimen Padang Rengas menerima bantuan persekolahan berupa barangan kelengkapan sekolah dan wang tunai.

Inisiatif tersebut daripada Pejabat Setiausaha Politik Kementerian Kewangan dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR), Yayasan MyPrihatin, Farm Fresh dan Persatuan Pergerakan Amal Belia (PPAB) Padang Rengas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!