Food Bank Rantau Panjang manfaatkan 30,000 penduduk

RANTAU PANJANG - [DIKEMAS KINI] Yayasan Muhibbah (YM) dan Parlimen Rantau Panjang (PRP) pada Ahad menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menubuhkan Food Bank Rantau Panjang.
Majlis perjanjian itu masing-masing ditandatangani antara Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan Dr Lo Nyok Mooi, mewakili Yayasan Muhibbah.
MoU itu dibuat sebagai inisiatif membantu golongan memerlukan untuk mendapatkan bekalan makanan khususnya harian secara percuma.
Majlis menandatangani MoU berlangsung di Pejabat Parlimen Rantau Panjang dan turut dihadiri pemimpin masyarakat.

Katanya, antara objektif utama penubuhan Food Bank ini ialah menyediakan bantuan makanan kepada golongan seperti ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU), keluarga miskin, dan asnaf.
Menurutnya, selain itu, ia juga berperanan sebagai pusat simpanan makanan kecemasan khususnya bagi menghadapi situasi bencana seperti banjir yang kerap melanda Rantau Panjang.
"Food Bank ini bukan sahaja untuk membantu mereka yang terkesan akibat bencana, tetapi juga sebagai satu usaha berterusan dalam mengurangkan pembaziran makanan serta memastikan pengagihan yang lebih seimbang dan adil," katanya lagi.
Selain menyediakan bantuan secara berkala, Zailah menambah, inisiatif ini juga diharap dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta menggalakkan penyertaan syarikat korporat dan NGO dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai serta badan korporat turut menyumbang bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Katanya, sumbngan berbentuk makanan asas, dana kewangan, tenaga sukarelawan dan peralatan penyimpanan makanan turut diterima.
Sementara itu bagi mereka yang berhajat untuk membantu, pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada YMB atau menghubungi Dr JLo 019-5446688 dan Suhail di talian 019-267 0609.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!