Pertandingan menangis tonjol aib sendiri- Exco Kelantan

Kerajaan negeri mengingatkan semua pihak supaya tidak menganjurkan pertandingan menangis kerana disifatkan tidak wajar. Gambar kanan: Mohd Asri
Kerajaan negeri mengingatkan semua pihak supaya tidak menganjurkan pertandingan menangis kerana disifatkan tidak wajar. Gambar kanan: Mohd Asri
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengingatkan semua pihak supaya tidak menganjurkan pertandingan menangis kerana disifatkan tidak wajar.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, perkara itu ditegah Islam kerana menonjolkan imej kurang sopan dan menunjukkan aib diri sendiri.

"Hal ini kerana peserta dipaksa menangis secara tidak langsung menonjolkan memek muka buruk.

"Menangis adalah fitrah manusia bila berlaku perkara sedih, gembira, sakit dan lain-lain," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Mohd Asri, menangis yang sebaiknya bagi umat Islam apabila melakukan kesalahan dan bertaubat kepada ALLAH serta gerunkan-NYA ketika membaca al-Quran.

Ujarnya, berpura-pura menangis adalah perbuatan tidak baik melainkan ketika membaca al-Quran sahaja kerana ia dinyatakan Nabi Muhammad SAW.

Mohd Asri berkata, banyak pertandingan sekarang ini perlu diberi perhatian apabila ia seakan-akan bercanggah dengan Islam seperti pertandingan tampar pipi, makan cili dan sebagainya.

"Semua ini memudaratkan dan Islam melarangnya.

"Saya nasihatkan elak anjurkan pertandingan seperti ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!