41 maut kemalangan libatkan bas, lori

Keadaan bas yang terbakar dalam kemalangan di selamatan Mexico - Foto Agensi
Keadaan bas yang terbakar dalam kemalangan di selamatan Mexico - Foto Agensi
A
A
A

MEXICO - Sekurang-kurangnya 41 orang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas penumpang dan lori di selatan bandar Mexico, pada Sabtu.

Menurut kenyataan kerajaan negeri Tabasco, kerja-kerja pemulihan masih dijalankan.

Bas yang membawa 48 penumpang itu dilapor melanggar sebuah lori, mengakibatkan 38 penumpang dan dua pemandu bas terbunuh.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan pemandu lori turut terbunuh dalam kejadian itu.

"Setakat ini hanya 18 mayat telah ditemukan dan masih banyak yang hilang," kata pihak keselamatan Tabasco yang tidak mahu dikenali.

Menurutnya, bas itu terbakar sepenuhnya akibat perlanggaran, dengan hanya rangka besi yang tinggal.

Syarikat pengendali bas, Tours Acosta, dalam catatan di Facebook menyatakan 'amat kesal atas kejadian itu' dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca kejadian serta memastikan sama ada bas tersebut memandu dalam had laju yang dibenarkan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!