Kempen Mega Million 1.0 Agrobank: Pekebun kecil teruja bawa pulang Tesla

Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bergambar bersama pemenang utama Kempen Mega Million 1.0 2023/2024, Lee Tian Lok di Mydin USJ pada Jumaat. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bergambar bersama pemenang utama Kempen Mega Million 1.0 2023/2024, Lee Tian Lok di Mydin USJ pada Jumaat. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SUBANG JAYA – Seorang pekebun kecil dari Maran, Pahang, Lee Tian Lok, 65, mencipta sejarah peribadi apabila diumumkan sebagai pemenang utama Kempen Mega Million 1.0 anjuran Agrobank, dengan membawa pulang sebuah kenderaan Tesla Model Y.

Selain cabutan utama, tiga pemenang lain turut diraikan dalam cabutan bulanan bagi Julai, Ogos, dan September 2024, yang masing-masing membawa pulang hadiah lumayan berupa kereta.

Bagi Tian Lok, kemenangan tersebut lebih bermakna kerana ia jatuh bertepatan dengan sambutan Tahun Baharu Cina, menjadikannya satu permulaan tahun yang penuh tuah bagi keluarganya.

Tengku Ahmad Badli Shah melancarkan Kempen Mega Million 2.0 di Mydin USJ pada Jumaat. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Tengku Ahmad Badli Shah melancarkan Kempen Mega Million 2.0 di Mydin USJ pada Jumaat. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

"Gembira sangat. Terima kasih kepada Agrobank kerana membawa tuah ini. Saya harap semua orang pun dapat tuah ini dan kita boleh kongsi bersama," katanya.

Tian Lok yang telah menjadi pelanggan setia Agrobank selama lebih 30 tahun berkata, beliau mula menyimpan sejak bank itu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia.

"Dulu masa Agrobank dikenali sebagai Bank Pertanian, saya dah mula menyimpan. Jadi bila menang ini, memang berbaloi. Saya rasa sangat gembira," katanya

Beliau berkata, kereta Tesla Model Y yang dimenanginya akan digunakan untuk perjalanan harian dan pulang ke kampung bagi melawat ahli keluarga di Pahang serta Kuala Lumpur.

Tengku Ahmad Badli Shah (dua dari kiri) bergambar bersama pemenang bulanan Kempen Mega Million 1.0 2023/2024. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Tengku Ahmad Badli Shah (dua dari kiri) bergambar bersama pemenang bulanan Kempen Mega Million 1.0 2023/2024. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Artikel Berkaitan:

"Bawa balik rumah sahaja. Kalau jalan-jalan, mungkin ke Kuala Lumpur atau balik kampung di Pahang," tambahnya lagi.

Sementara itu, pemenang cabutan bulanan Julai 2024, Koo Seng Hiap, 56, yang merupakan pelanggan Agrobank Muar, Johor, berjaya memenangi sebuah BYD Dolphin.

"Memang gembira. Saya baru sahaja buka akaun Agrobank beberapa bulan lalu. Tak sangka rezeki menyebelahi saya," katanya selepas Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Mega Milion Pusingan 4 yang berlangsung di Mydin USJ pada Jumaat.

Turut hadir pada majlis berkenaan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Datuk Dr Ameer Ali Mydin.

Pemenang bagi Ogos 2024, M Khrishnarobi, 61, dari Agrobank Pontian, turut bertuah membawa pulang sebuah Perodua Myvi, manakala pemenang September 2024, Mohammad Shatibi Mustafa, 60, dari Agrobank Simpang Empat, menerima hadiah sebuah Proton X50.

"Saya sangat bersyukur dan terkejut. Tidak sangka menyimpan di Agrobank memberi peluang sebegini besar untuk menang," kata Mohammad Shatibi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata sambutan luar biasa terhadap Kempen Mega Million 1.0 mendorong pihaknya untuk meneruskan inisiatif itu dengan Kempen Mega Million 2.0.

"Kempen Mega Million 1.0 mencatatkan pembukaan lebih 54,000 akaun baharu dengan nilai deposit melebihi RM290 juta.

Lapan pemenang Cabutan Pusingan Wilayah Agrobank membawa pulang hadiah RM5,000 setiap satu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Lapan pemenang Cabutan Pusingan Wilayah Agrobank membawa pulang hadiah RM5,000 setiap satu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

“Kejayaan ini memberi dorongan kepada kami untuk meneruskan kempen dengan hadiah yang lebih menarik,” katanya.

Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2025 menawarkan hadiah bulanan seperti Mitsubishi Xpander, Proton X70, dan Perodua Myvi, manakala hadiah utama ialah sebuah Ford Ranger Raptor dengan sasaran 50,000 peserta.

"Kami ingin terus menggalakkan budaya menabung dan pengurusan kewangan yang baik. Dengan hanya RM10 sebagai deposit permulaan, rakyat Malaysia berpeluang menyertai kempen ini dan memenangi hadiah lumayan,” tambahnya.

Dengan lebih 150 cawangan di seluruh negara, Agrobank komited untuk terus menjalankan kempen serupa di masa depan bagi menggalakkan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat luar bandar, meningkatkan tabungan mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!