AmanahRaya terima sijil ABMS, bukti tadbir urus terbaik

Azam (tengah) menyerahkan replika sijil ABMS kepada Ahmad Feizal (dua dari kanan) dalam acara rasmi yang diadakan di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.
Azam (tengah) menyerahkan replika sijil ABMS kepada Ahmad Feizal (dua dari kanan) dalam acara rasmi yang diadakan di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menerima Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016.

Pengiktirafan itu membuktikan organisasi tersebut mengamalkan profesionalisme dan tadbir urus yang baik.

Pengarah Urusan Kumpulan tersebut, Ahmad Feizal Sulaiman berkata, kejayaan itu membuktikan AmanahRaya berjaya memperkukuhkan budaya integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan organisasi.

Menurutnya, sebagai agensi kerajaan, AmanahRaya sentiasa menitikberatkan amalan tadbir urus yang baik dalam setiap aspek perkhidmatan.

“Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap profesionalisme AmanahRaya terbukti di mana sejak penubuhannya AmanahRaya telah mengurus lebih 1.1 juta wasiat, lebih 350,000 kes pentadbiran pusaka dan 67,000 fail amanah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM21 bilion untuk rakyat Malaysia.

“Kini, AmanahRaya sedang menguruskan lebih 13,000 kes pusaka dan lebih kurang 41,000 fail amanah dengan jumlah nilai dianggarkan RM3 bilion,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS), Westmoreland Anak Ajom; Ketua Jabatan Pematuhan, Integriti & Tadbir Urus Kumpulan, M Kanakaraja; Ketua, Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Nazli Rashid Sulong dan Pengerusi AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd,Mohd Razlan Mohamed.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad Feizal, pencapaian tersebut mengukuhkan lagi keperluan untuk memastikan sistem pengurusan yang lebih telus dan berintegriti dalam organisasi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pengiktirafan itu mencerminkan ketegasan AmanahRaya dalam mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap ketelusan operasi syarikat.

“Dengan adanya sistem kawal selia yang lebih ketat, AmanahRaya akan dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan dan memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!