X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki OKU ditahan kes bunuh remaja perempuan

Polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemui penukul digunakan suspek. Gambar kecil: Siti Sufiah Halim Ong
A
A

IPOH - Polis menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) bagi membantu siasatan kematian seorang remaja perempuan semalam.

Lelaki berusia 24 tahun yang mempunyai masalah pembelajaran itu ditahan pagi semalam dan dipercayai mempunyai hubungan abang angkat bersama mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa Siti Sufiah Halim Ong, 18, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Taman Desa Pakatan, Simpang Pulai kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian itu disedari ibu mangsa yang mahu mengejutkannya daripada tidur.

"Hasil bedah siasat dijalankan mendapati terdapat beberapa kesan luka lebam di kepala dan sekeliling mata kiri mangsa.

"Pemeriksaan dalaman juga terdapat patahan tulang tengkorak di bahagian kiri dan kanan dengan bentuk bulatan serta kesan pendarahan otak.

"Berdasarkan pemeriksaan ini, kematian mangsa adalah akibat kecederaan kepala disebabkan objek tumpul," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan ibu mangsa, suspek ada menemui anaknya itu pada sebelah malam sebelum kejadian dan berbual bersama hampir satu jam.

Bagaimanapun katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sehinggalah pagi semalam ketika ibunya mahu mengejutkannya dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

"Hasil siasatan awal, suspek mengaku telah memukul kepala mangsa menggunakan penukul kerana cemburu dengan mangsa yang mempunyai teman lain.

"Siasatan ke lokasi kejadian telah menjumpai penukul yang digunakan, sebatang kayu turut dirampas. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!