Wajar letak semula Malaysia dalam kalendar F1

Malaysia yang sebelum ini menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengumumkan penamatan acara sukan pemotoran tersebut selepas edisi terakhir pada tahun 2017.
Malaysia yang sebelum ini menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengumumkan penamatan acara sukan pemotoran tersebut selepas edisi terakhir pada tahun 2017.
A
A
A

MALAYSIA yang sebelum ini menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengumumkan penamatan acara sukan pemotoran tersebut selepas edisi terakhir pada tahun 2017.

Keputusan itu mengejutkan peminat dan menyaksikan negara ini melepaskan salah satu acara sukan terbesar yang menarik pelancong dan penonton antarabangsa.

Sejarah F1 di Malaysia bermula pada 1999, namun jualan tiket semakin menurun dan kos penganjuran meningkat lebih RM200 juta memaksa kerajaan membatalkan acara itu.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini sebahagian peminat tempatan menyuarakan harapan agar kerajaan mempertimbangkan untuk meletakkan semula Malaysia dalam kalendar F1.

Rata-rata peminat F1 di luar negara juga mahu SIC dikembalikan kerana bagi mereka litar tersebut sangat mencabar dan sering kali memberikan kejutan.

Sebelum sudah tular desas-desus penganjuran sukan permotoran itu akan dilakukan semula, tetapi tiada sebarang pihak tampil untuk mengesahkan perkara tersebut.

Tahun lalu, Reuters dalam laporannya mendakwa tiga sumber dalaman yang tidak dinamakan memberitahu agensi itu bahawa Petronas sedang merancang untuk membawa semula F1 ke Malaysia pada 2026.

Bagaimanapun, Petronas menafikan khabar angin itu dan menyatakan tiada sebarang perbincangan diadakan berkaitan hal tersebut.

Kemudian pada 2023, Presiden Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, ada kemungkinan untuk Malaysia menganjurkan F1 semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang sekiranya ada pihak sanggup menanggung perbelanjaannya.

Artikel Berkaitan:

Apa pun, sama ada penganjuran semula F1 dianggap sebagai pelaburan bijak atau pembaziran bergantung kepada cara ia diuruskan dan dilaksanakan.

Jika ia disokong dengan perancangan teliti, kerjasama sektor awam dan swasta serta strategi pemasaran yang efektif, F1 dapat memberikan keuntungan ekonomi yang besar dan memperkukuhkan profil Malaysia di arena global.

Sebaliknya, jika penganjurannya tidak diuruskan dengan baik, kos yang tinggi dan minat penonton yang berkurangan boleh menjadikannya satu pembaziran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!