Covid-19: Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti

Dr Lee Boon Chye
Dr Lee Boon Chye
A
A
A

IPOH- Kajian mengenai golongan lelaki lebih mudah dijangkiti koronavirus (Covid-19) berbanding wanita mengikut pandangan pakar saintis dari luar negara, masih belum dibuktikan sepenuhnya, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Katanya, Kementerian Kesihatan tidak akan membuat sebarang kesimpulan, sebelum kajian secara terperinci dilakukan terlebih dahulu.

"Virus baharu ini kita semua sedang kaji secara 'characteristic', walaupun ada teori oleh pakar saintis tetapi kita perlu sedikit masa (kajian), sebelum kita boleh mengesahkannya.

"Memang kita lihat daripada segi statistik, lebih ramai lelaki yang terkena jangkitan berbanding wanita, tetapi mengapa jadi seperti itu, kita belum mengetahuinya lagi," katanya ketika ditemui pemberita pada makan malam Sambutan Tahun Baharu Cina, anjuran Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Perak di sini, malam ini.

Dr Boon Chye mengulas laporan sebuah akhbar negara jiran, yang melaporkan kajian para saintis mendapati kadar kematian akibat Covid-19 dalam kalangan lelaki adalah 2.8 peratus, berbanding wanita iaitu 1.7 peratus. -Bernama

Artikel Berkaitan: