Sesak nafas di lokasi penggambaran, Zamarul Hisham masuk ICU

[DIKEMAS KINI] AKTOR Zamarul Hisham dikejarkan ke hospital pada awal pagi Khamis selepas mengalami kesukaran bernafas ketika menjalani penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berita duka itu dikongsikan oleh isteri Zamarul yang juga pelakon dan penyanyi, Diana Rafar menerusi hantaran di Insta Story akaun Instagram miliknya.
“Doakan abang (Zamarul) tiada apa-apa yang serius. Dia tiba-tiba tidak boleh bernafas... dia lemah,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Difahamkan Zamarul kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson dan doktor masih melakukan pemantauan dan pemeriksaan rapi punca pelakon berusia 53 tahun itu mengalami kesukaran bernafas.
Ketika kejadian, Zamarul berada di set penggambaran bersama Elly Mazlein bagi menyelesaikan babak akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
