Sarjan tentera mabuk nafi amang seksual budak lapan tahun

Steve Jeff (tengah) didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis.
Steve Jeff (tengah) didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Sarjan tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sini, pada Khamis, atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Steve Jeff Anak Gansol, 30, membuat pengakuan tersebut hadapan Hakim Haderiah Siri sejurus dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa.

Justeru pendakwaan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan sebat,jika sabit kesalahan.

Steve Jeff (tengah) ketuka dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis.
Steve Jeff (tengah) ketuka dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i ke atas mangsa sama tanpa kerelaannya sehingga menimbulkan ketakutan kecederaan.

Pendakwaan bagi pertuduhan itu dijalankan di bawah Seksyen 377C kanun sama, tertuduh boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan sebat, sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bilik di sebuah rumah di Jalan Serindit, Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, jam 8.21 pagi, pada 30 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan RM30,000 dengan syarat-syarat tambahan tidak mengganggu mangsa selain melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dan memberi alasan perbuatan tersebut berlaku ketika dia sedang mabuk.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 serta bersetuju dengan syarat-syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 6 Mac depan tarikh sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!