Pelancong cedera terjatuh tingkat 7 pusat beli-belah

Mangsa terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney dan menghempap replika dekorasi Tahun Baharu Cina yang berada di tingkat G. (Gambar kecil: Abdul Rozak)
Mangsa terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney dan menghempap replika dekorasi Tahun Baharu Cina yang berada di tingkat G. (Gambar kecil: Abdul Rozak)
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang pelancong warga asing cedera di bahagian kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney di sini pada petang Rabu.

Mangsa dikatakan terjatuh lalu menghempap salah satu replika dekorasi sempena Tahun Baharu Cina di tingkat G.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisoner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan terjatuh pada jam 1.54 petang.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang oleh ambulans dalam keadaan sedar pada jam 2.20 petang untuk mendapatkan rawatan.

"Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini sehingga boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!