Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan

PETALING JAYA - Pencarian kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Asistan Superintenden Nor Zaharuddin Sanip memaklumkan kawasan Blok R Pangsapuri Idaman, Damansara Damai Petaling Jaya yang didatangi oleh orang ramai telah menyebabkan pencemaran bau berlaku.

"Pencarian Unit K9 tidak berhasil kerana berlaku pencemaran bau disebabkan orang ramai masuk ke lokasi dan hari hujan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai saksi pendakwaan kelima pada prosiding hari ketiga perbicaraan kes pengabaian Zayn Rayyan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, di sini pada Rabu.
Ujarnya, misi pencarian berkenaan bermula jam 11.50 malam pada 5 Disember sehingga 1 pagi keesokannya.
Nor Zaharuddin yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Petaling Jaya turut mengarahkan pencarian diteruskan jam 11.30 pagi hingga 1 petang 6 Disember dengan radius lebih luas.
"Cuaca pada hari berkenaan tidak hujan dan dua ekor anjing Unit K9 digunakan.
Pencarian dipecahkan kepada tiga pasukan dengan menumpukan kawasan sebelah kanan sungai, parkir motosikal dan kereta penduduk," katanya.
AKAN MENYUSUL
@sinarharianonline Pencarian kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian. Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Asistan Superintenden Nor Zaharuddin Sanip memaklumkan kawasan Blok R Pangsapuri Idaman, Damansara Damai Petaling Jaya yang didatangi oleh orang ramai telah menyebabkan pencemaran bau berlaku. #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #ZaynRayyan #K9
Minimal for news / news suspense(1169746) - Hiraoka Kotaro
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
