Polis guna alat imbasan 3D siasat semula kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily ketika ditemui pemberita selepas melawat melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng Hock di Plaza Masalam, Shah Alam pada Selasa.
Mohd Shuhaily ketika ditemui pemberita selepas melawat melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng Hock di Plaza Masalam, Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan alat imbasan 3D dan dron di lokasi kejadian dalam siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam di sini pada Selasa

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya telah berada di lokasi terbabit sejak jam 10 pagi.

Menurutnya, lokasi kejadian kini merupakan tempat penyimpanan barang perabot dan berbeza 15 tahun lalu ketika kejadian iaitu premis pejabat.

Pasukan forensik PDRM melakukan siasatan semula kes kejadian kematian Teoh Beng Hock di Plaza Maslam, Shah Alam pada Selasa.
Pasukan forensik PDRM melakukan siasatan semula kes kejadian kematian Teoh Beng Hock di Plaza Maslam, Shah Alam pada Selasa.

"Kita (JSJ) cuba bina semula lokasi jenayah ini dalam konteks 3D dan sejauh mana ia dapat membantu dalam memperkemaskan lagi siasatan tunggulah hasilnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau sebelum itu tiba kira-kira jam 9 malam sebelum diiringi Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus membuat lawatan semula di lokasi kes terbabit.

Turut kelihatan pasukan forensik PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, aset milik PDRM yang digunakan ialah alatan pengimbas 3D serta dron bagi mendapatkan gambaran keseluruhan imej bangunan.

"Apabila kita janakan maklumat ia memberikan gambaran secara keseluruhan dan hasil 3D ini akan selesai dalam seminggu dua ini. Bagi kita masa," ujarnya.

Pasukan forensik PDRM melakukan siasatan semula kes kejadian kematian Teoh Beng Hock di Plaza Maslam, Shah Alam pada Selasa.
Pasukan forensik PDRM melakukan siasatan semula kes kejadian kematian Teoh Beng Hock di Plaza Maslam, Shah Alam pada Selasa.

Tambahnya, pihak JBPM memainkan peranan menunjukkan kepada pihak polis bagi melakonkan semula dalam beberapa situasi sama ada mendiang (Teoh) terjun sendiri, dipaksa terjun dan sebagainya.

"Anggota bomba yang ketinggian lebih kurang sama dengan mendiang melakonkan semula dalam beberapa situasi. Itu ujian untuk memuaskan hati bahawa perkara itu boleh berlaku dalam situasi yang berbeza-beza," ujarnya.

Ujar beliau, setakat ini lima saksi lama yang relevan untuk siasatan awal telah dipanggil semula pihak polis.

"Ada saksi lain, secara keseluruhan lebih 40 orang dan ini baru lima orang dipanggil. Kita akan kaji balik siapa seterusnya akan dipanggil," katanya.

Jelasnya, pihak polis diperintahkan oleh mahkamah untuk mengemukakan hasil siasatan pada bulan Mei ini.

"Jadi kita cuba habiskan secepat mungkin siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwah Raya sebelum serahkan kertas siasatan kepada pihak mahkamah," ujarnya.

JBPM turut hadir ke lokasi pada Selasa, bagi membantu polis mendapatkan gambaran kejadian kes kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam.
JBPM turut hadir ke lokasi pada Selasa, bagi membantu polis mendapatkan gambaran kejadian kes kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam.

Pada 21 November 2024 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan PDRM untuk melengkapkan siasatan kes kematian mendiang dalam tempoh enam bulan.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh ibu bapa mendiang Beng Hock terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Teoh ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!