Tambah baik Tasik Kenyir tarik kedatangan pelancong

Razali (tengah) beramah mesra dengan pengunjung selepas Mesyuarat Perbincangan Terengganu International Paramotor Challenge 2025 di Kuala Terengganu pada Selasa.
Razali (tengah) beramah mesra dengan pengunjung selepas Mesyuarat Perbincangan Terengganu International Paramotor Challenge 2025 di Kuala Terengganu pada Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri tetap melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan penambahbaikan di Tasik Kenyir bagi menarik kedatangan pelancong selain merancakkan ekonomi setempat meskipun berdepan cabaran.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya turut memberi tumpuan terhadap langkah-langkah pemuliharaan alam sekitar berikutan Tasik Kenyir kini diisytiharkan sebagai Taman Geopark Kebangsaan.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan kelestarian flora dan fauna di kawasan itu terus terjaga untuk generasi akan datang.

"Kita juga telah menghantar surat rasmi bagi mengadakan perbincangan serta kunjung hormat dengan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), namun sehingga kini tiada maklum balas diberikan.

Razali (kanan) beramah mesra dengan pengunjung selepas Mesyuarat Perbincangan Terengganu International Paramotor Challenge 2025 di Kuala Terengganu pada Selasa.
Razali (kanan) beramah mesra dengan pengunjung selepas Mesyuarat Perbincangan Terengganu International Paramotor Challenge 2025 di Kuala Terengganu pada Selasa.

"Walaupun berdepan cabaran, kerajaan negeri tetap komited melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan penambahbaikan di Tasik Kenyir dalam usaha menarik lebih ramai pelancong serta merancakkan ekonomi setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Perbincangan Terengganu International Paramotor Challenge 2025 di sini pada Selasa.

Justeru, Razali berkata, antara inisiatif utama sedang dilaksanakan ialah pembinaan hotel bertaraf tiga bintang di Pulau Poh yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Hotel ini diharapkan dapat menyediakan penginapan selesa yang mampu menarik lebih ramai pelancong ke lokasi tersebut.

"Selain itu, projek pembesaran Kenyir Waterpark turut dilaksanakan bagi meningkatkan daya tarikan taman tema air di situ.

Razali (kanan) beramah mesra dengan pengunjung selepas Mesyuarat Perbincangan Terengganu International Paramotor Challenge 2025 di Kuala Terengganu pada Selasa.
Razali (kanan) beramah mesra dengan pengunjung selepas Mesyuarat Perbincangan Terengganu International Paramotor Challenge 2025 di Kuala Terengganu pada Selasa.

"Inisiatif Kenyir Island Hopping juga diperkenalkan dengan pembinaan jambatan ikonik menghubungkan beberapa pulau utama di Tasik Kenyir, sekali gus memudahkan akses pelancong ke lokasi menarik sekitar tasik," jelasnya.

Beliau menambah, kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha promosi melalui pelbagai saluran termasuk platform digital dan penganjuran acara khas bagi memastikan Tasik Kenyir terus dikenali sebagai destinasi pelancongan utama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!