Scotland tidak setuju cadangan haramkan kucing dalam negara

SCOTLAND - Kerajaan Scotland tidak setuju dengan sebarang cadangan mengharamkan kucing dalam negara selepas didesak membuat laporan bagi meneroka langkah melindungi hidupan liar yang berisiko.
Suruhanjaya Kebajikan Haiwan Scotland (SAWC) memberi saranan tersebut menerusi laporan kepada sidang Parlimen sebagai tindak balas kepada bukti bahawa kucing mempunyai impak ketara terhadap populasi hidupan liar.
Laporan mengenai pemilikan kucing yang bertanggungjawab menyatakan bahawa kucing boleh memberi "kesan ketara terhadap populasi hidupan liar" dengan menyerang haiwan lain, membiak dengan kucing liar, dan bersaing untuk mendapatkan sumber makanan.
Jurucakap kerajaan Scotland dalam satu kenyataan berkata, mengharamkan kucing tidak termasuk atau dipertimbangkan sebagai senarai cadangan dalam laporan.
"Kami dalam keadaan apa pun, tidak akan (setuju) mengharamkan kucing," katanya pada Isnin.
Menerusi laporan media antarabangsa, SAWC turut menggesa kerajaan Scotland supaya meminta agensi NatureScot membuat laporan mengenai kelebihan dan kekurangan hidupan liar dalam memperkenalkan tempat perlindungan kucing di kawasan terdedah.
Jika dilaksanakan, penduduk tersebut perlu menyimpan haiwan peliharaan mereka di dalam rumah atau dilarang daripada membelanya sejak awal lagi.
Selain itu, SAWC mencadangkan agar pembangunan perumahan baharu di kawasan luar bandar boleh mempunyai ketetapan bahawa kucing tidak boleh dipelihara di kawasan sensitif pemuliharaan atau di sekitar habitat burung dan hidupan liar yang terancam.
SAWC juga membuat beberapa cadangan lain termasuk mewajibkan cip mikro dan pendaftaran kucing peliharaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

