Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam

Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam. Gambar hiasan
Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam. Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Dr Nadzman Mustaffa dalam surat rasminya kepada ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan pada Isnin menyatakan cuti peristiwa tersebut adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Pada 22 Januari lepas, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu cuti tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan penganut agama Hindu meraikannya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!