Komposer Dairi Hatimu, Ferdy Khalid NS meninggal dunia

Ferdy Khalid NS
Ferdy Khalid NS
A
A
A

KOMPOSER lagu Diari Hatimu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Ferdy Khalid NS, 74, dilaporkan meninggal dunia jam 9.45 malam pada Ahad.

Difahamkan, Allahyarham mengalami sesak nafas pada sebelah pagi dan menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di kediaman anaknya, di Taman Eco Flora, Johor Bahru.

Sebelum itu, Ferdy Khalid yang menghidap kanser prostat tahap empat sempat mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Danga pada jam 10 pagi tadi.

Semasa hayatnya, Ferdy Khalid atau nama sebenarnya, Jahi Hashim merupakan pencipta lagu Diari Hatimu yang dimuatkan dalam album Adiwarna Siti Nurhaliza pada 1998.

Biarpun awalnya Diari Hatimu menimbulkan kontoversi kerana didakwa menciplak lagu nyanyian penyanyi 1980-an Indonesia, Kirey bertajuk Rindang Tak Berbuah, namun segalanya terjawab apabila Ferdy Ferdian dan Ferdy Khalid merupakan orang yang sama.

Ferdy ketika itu telah semula susunan muzik dan lirik lagu Diari Hatimu, manakala melodinya dikekalkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!