Tiada kesan minyak, bau abnormal di Sungai Bernam susulan kemalangan lori - LUAS

Semakan lanjut bersama Air Selangor mendapati aliran air sungai di muka sauk LRA Sungai Selisik adalah normal. Foto: Facebook LUAS
Semakan lanjut bersama Air Selangor mendapati aliran air sungai di muka sauk LRA Sungai Selisik adalah normal. Foto: Facebook LUAS
A
A
A

HULU SELANGOR - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan bahawa tiada lagi kesan minyak dan bau abnormal susulan kemalangan sebuah lori di Sungai Bernam, Kampung Serigala, Behrang di sini pada petang Ahad.

LUAS memaklumkan, keputusan itu berdasarkan pemerhatian lanjut pihaknya di lokasi berkenaan dan kawasan sekitar.

"Susulan insiden kemalangan membabitkan sebuah lori terbabas ke dalam Sungai Bernam petang tadi (Ahad), kerja-kerja pembaikan tebing sungai terlibat semasa proses pengeluaran lori daripada sungai telah dilaksanakan.

"LUAS seterusnya membuat pemerhatian lanjut dan mendapati tiada lagi kesan minyak dan bau abnormal dikesan.

Semakan lanjut bersama Air Selangor mendapati aliran air sungai di muka sauk LRA Sungai Selisik adalah normal. Foto: Facebook LUAS
Semakan lanjut bersama Air Selangor mendapati aliran air sungai di muka sauk LRA Sungai Selisik adalah normal. Foto: Facebook LUAS

"Semakan lanjut bersama pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) juga mendapati aliran air sungai di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisik normal," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, dilaporkan LUAS mengaktifkan kod kuning berikutan kejadian kemalangan lori yang belum dikenal pasti pemiliknya menyebabkan tumpahan minyak sepanjang 100 meter mengalir masuk ke sungai.

Mengulas lanjut, LUAS berkata, pihaknya melaksanakan pemantauan statik di Sungai Bernam di lokasi hulu daripada muka sauk LRA Bernam River Headworks (BRH) bagi memastikan tiada baki kesan minyak yang terlepas.

"LUAS bersiap siaga bagi tindakan pencegahan dan mitigasi segera. Keadaan semasa terkawal dan LUAS berada di lapangan memantau rapi sebarang risiko," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!